Para Pentajalli Rasa
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Risalah Tauhid

5 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Risalah Tauhid Empty Risalah Tauhid

Post  spanjunk Sun Jul 05, 2009 3:19 pm

Risalah Tauhid Prophet-muhammad-hadith

73 pintu dan 73 jalan... maka yang sampai hanya satu jalan... jalan yang mana, sama sama lah kita 'terjemahkannya' ... transformasikan rase / perasaan yang ada, bagaimana boleh sampai jadi satu... jangan takut dan jangan gentar kerana sesungguhnya tiada paksaan didalam ' beragama itu sendiri' dan Islam pun sedemikian rupa. Jika ade yang bengkok mungkin boleh ditegakkan....atau jika ade yang 'terconfius' kerana terlalu banyak lorong mungkin boleh bertanya kepada yang lain... atau mungkin ade yang penat dengan 'long cut' tiba2 nak 'shortcut' pula..... tajallikan rasa anda...


Last edited by spanjunk on Tue Jul 07, 2009 8:05 pm; edited 1 time in total

spanjunk
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Sun Jul 05, 2009 10:50 pm

Yang Sampai satu jalan jer lah kan,
Diri......diriku
Muhammad........Rasulku
Tuhan.....................Tuhanku.

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Mon Jul 06, 2009 1:57 pm

Adam as berkata, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah berbuat aniaya terhadap diri
kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, sudah barang tentu kami
termasuk dalam golongan orang-orang yang merugi”. Kemudian datanglah petunjuk kepada Beliau,
kesadaran untuk bertobat, pengetahuan tentang hakekat akibatnya dan ilmu hikmah yang tersembunyi
di dalam peristiwa inipun tersingkaplah. Dengan kasih sayang-Nya, Allah menyuruh mereka supaya
tobat. Setelah itu, kehendak yang timbul dari Adam diganti dan keadaannya yang semulapun dirubah,
maka diberikanlah kepadanya jabatan “Wilayah” yang lebih tinggi serta diberi kedudukan di dalam
dunia ini dan di akhirat kelak. Maka jadilah dunia ini sebagai tempat tinggalnya dan tempat
keturunannya, dan akhirat kelak adalah tempat kembalinya yang kekal abadi.

Apabila kamu berada pada suatu keadaan tertentu, janganlah kamu meminta suatu keadaan
yang lebih tinggi atau yang lebih rendah. Apabila kamu berada di pintu istana, janganlah kamu masuk
sebelum kamu disuruh masuk. Janganlah kamu menganggap cukup dengan kebenaran masuk itu saja,
karena boleh jadi itu adalah suatu dalih atau tipuan dari raja itu. Hendaklah kamu bersabar, sampai
kamu dipaksa masuk ke dalam istana itu atas perintah raja itu sendiri. Karena, dengan demikian
kamu tidak akan dimintai pertanggungjawaban tentang perbuatan kamu masuk ke dalam istana itu.
Sekiranya kamu masih dihukum juga, maka hal itu adalah lantaran kamu bersalah, tamak, tidak sabar,
tidak bersopan santun dan hendak menikmati kepuasan keadaan hidup yang sedang kamu hadapi itu.
Jika kamu dipaksa masuk dan kamupun masuk, maka hendaklah kamu memasukinya dengan penuh sopan santun, penuh hormat dan memperhatikan apa yang diperintahkan kepada kamu, tanpa meminta

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Mon Jul 06, 2009 10:52 pm

BILA DI CUBIT ....SAKITNYA DI TANGAN
TAPI RESANYA DI HATI.....HEHE
DAH DI KATA QOLBU MUKMININ BAITULLAH
K K K K KER GITU GAMAKNYER

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  haamim Mon Jul 06, 2009 11:31 pm

ade juga yg sampai gaduh2 dalam cerita mengesakan allah nh........
jadi pandang satu kepada yang banyak atau....
banyak kepada yang satu....??? Sad

haamim

Posts : 6
Join date : 06/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Tue Jul 07, 2009 10:04 am

haamim wrote:ade juga yg sampai gaduh2 dalam cerita mengesakan allah nh........
jadi pandang satu kepada yang banyak atau....
banyak kepada yang satu....??? Sad

dipusing kemana pun satu gak
cuma bila jadi ayat untuk menerangkan nampak macam dua,
hakikatnya satu

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  spanjunk Tue Jul 07, 2009 11:20 pm

SALAMUNKAULANMINRABBINRAHIM...

setiap sesuatu mesti ade " seri pembukaan " / pembuka kata / tempat ambilannya / terbitnya...
tidak terkecuali juga risalah tauhid ini.....
bukan ke begitu??? Cool

spanjunk
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Wed Jul 08, 2009 1:11 am

spanjunk wrote:SALAMUNKAULANMINRABBINRAHIM...

setiap sesuatu mesti ade " seri pembukaan " / pembuka kata / tempat ambilannya / terbitnya...
tidak terkecuali juga risalah tauhid ini.....
bukan ke begitu??? Cool

RASANYA PEMBUKAAN IALAH FATIHAH
KERANA DARI SEGI MAKNA FATIHAH ITUPUN BERERTI PEMBUKAAN
KATA ORANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA KATA...HEHE

SELEPAS BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIM
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM
YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG
YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN / HARI KEMUDIAN

KEPADA ENGKAU KU MENGABDIKAN DIRI
KEPADA ENGKAU KU MOHON PERTOLONGAN
TUNJJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS .......( APA DIA JALAN YANG LURUS)
IAITU JALAN YANG ENGKAU KURNIAKAN NIKMAT....( NIKMAT APA / TAKKAN NAK DUSTAKAN NIKMAT)
BUKAN JALAN YANG DIMURKAI DAN BUKAN JALAN YANG SESAT......

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  spanjunk Wed Jul 08, 2009 1:20 am

kilas wrote:
spanjunk wrote:SALAMUNKAULANMINRABBINRAHIM...

setiap sesuatu mesti ade " seri pembukaan " / pembuka kata / tempat ambilannya / terbitnya...
tidak terkecuali juga risalah tauhid ini.....
bukan ke begitu??? Cool

RASANYA PEMBUKAAN IALAH FATIHAH
KERANA DARI SEGI MAKNA FATIHAH ITUPUN BERERTI PEMBUKAAN
KATA ORANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA KATA...HEHE

SELEPAS BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIM
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM
YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG
YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN / HARI KEMUDIAN

KEPADA ENGKAU KU MENGABDIKAN DIRI
KEPADA ENGKAU KU MOHON PERTOLONGAN
TUNJJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS .......( APA DIA JALAN YANG LURUS)
IAITU JALAN YANG ENGKAU KURNIAKAN NIKMAT....( NIKMAT APA / TAKKAN NAK DUSTAKAN NIKMAT)
BUKAN JALAN YANG DIMURKAI DAN BUKAN JALAN YANG SESAT......

ok.... pembuka nya dah kira settle....
macamana ngan tepat ambilannya..... plak???

spanjunk
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  |L@ng^Bu@nA| Wed Jul 08, 2009 11:28 pm

kalau dah Al fateha sebagai pembukaannya...
sudah semestinya lah tempat ambilannya dari quran dan hadith...
|L@ng^Bu@nA|
|L@ng^Bu@nA|
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

https://tauhidmolekul.forumms.net

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Wed Jul 08, 2009 11:39 pm

|L@ng^Bu@nA| wrote:kalau dah Al fateha sebagai pembukaannya...
sudah semestinya lah tempat ambilannya dari quran dan hadith...


Orang tua tua kita dulu kata dah betul sesangat
Awal bismillah pembuka kata.
Manusia Lahir ke bumi ni pun melalui Kasih sayang ibu bapa.
sebelum jadi apa apa,sebelum terpancar benih yer tak,

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  spanjunk Wed Jul 08, 2009 11:48 pm

kilas wrote:
|L@ng^Bu@nA| wrote:kalau dah Al fateha sebagai pembukaannya...
sudah semestinya lah tempat ambilannya dari quran dan hadith...


Orang tua tua kita dulu kata dah betul sesangat
Awal bismillah pembuka kata.
Manusia Lahir ke bumi ni pun melalui Kasih sayang ibu bapa.
sebelum jadi apa apa,sebelum terpancar benih yer tak,

Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?" "Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . "Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan." Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. "Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ''KASIH'' . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga." Umar Lahmi bingkas menjawab, "Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi.


petikan dari cerita.....

ISABELLA -Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi

spanjunk
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  |L@ng^Bu@nA| Wed Jul 08, 2009 11:55 pm

emmm....
dari " INJIL " yang asal.....
|L@ng^Bu@nA|
|L@ng^Bu@nA|
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

https://tauhidmolekul.forumms.net

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  farouk Thu Jul 09, 2009 7:46 am

|L@ng^Bu@nA| wrote:emmm....
dari " INJIL " yang asal.....
SALAM SEMUA......

ape la yang nak dikirakan.....
INJIL KE... TAURAT KE.... ZABUR KE...
asalkan ia dari sumber yg ' asal ' .....

tu baru sikit.....
SEBENARNYE BANYAK LAGI..........
KITAB2 ATAU SUHUF2 YG TIDAK DIKENALI......
TERMASUK YANG ' SEDANG MENULIS ' KITAB PUN ADE......


SEMUANYA TELAH DISATUKAN....
DIKANDUNGKAN DALAM AL QURAN ITU SENDIRI

farouk

Posts : 6
Join date : 08/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  spanjunk Thu Jul 09, 2009 8:02 am

farouk wrote:
|L@ng^Bu@nA| wrote:emmm....
dari " INJIL " yang asal.....
SALAM SEMUA......

ape la yang nak dikirakan.....
INJIL KE... TAURAT KE.... ZABUR KE...
asalkan ia dari sumber yg ' asal ' .....

tu baru sikit.....
SEBENARNYE BANYAK LAGI..........
KITAB2 ATAU SUHUF2 YG TIDAK DIKENALI......
TERMASUK YANG ' SEDANG MENULIS ' KITAB PUN ADE......


SEMUANYA TELAH DISATUKAN....
DIKANDUNGKAN DALAM AL QURAN ITU SENDIRI

macamana yang saudara kata semua telah disatukan dalam Quran....
sedangkan masih ADA yg sedang menulis kitab.....
masakan QURAN itu telah lama diturunkan....
ataupun saudara bercerita tentang KITAB YG SATU LAGI???? Question

spanjunk
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Thu Jul 09, 2009 1:46 pm

spanjunk wrote:

Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?" "Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . "Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan." Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. "Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ''KASIH'' . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga." Umar Lahmi bingkas menjawab, "Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi.


petikan dari cerita.....

ISABELLA -Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi


KALAU DI SINGKATKAN DENGAN "kasih" bermakna masih kurang 98 .
kerana asma allah ada 99.

KALAU DI SINGKATKAN DENGAN TAUHID.
Maka lengkaplah keseluruhan, kerana Tauhid Meliputi keseluruhan KeESAan/keteperincian
tepat lah tu

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  farouk Thu Jul 09, 2009 7:58 pm

kilas wrote:
spanjunk wrote:

Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?" "Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . "Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan." Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. "Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ''KASIH'' . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga." Umar Lahmi bingkas menjawab, "Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi.


petikan dari cerita.....

ISABELLA -Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi


KALAU DI SINGKATKAN DENGAN "kasih" bermakna masih kurang 98 .
kerana asma allah ada 99.

KALAU DI SINGKATKAN DENGAN TAUHID.
Maka lengkaplah keseluruhan, kerana Tauhid Meliputi keseluruhan KeESAan/keteperincian
tepat lah tu

apa yg saudara maksudkan ' kasih ' yang masih kurang iaitu 98....???
yang terkurang tu ape?

farouk

Posts : 6
Join date : 08/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Thu Jul 09, 2009 9:46 pm

farouk wrote:
kilas wrote:
spanjunk wrote:
Inti dasar agama Kristian ialah ''KASIH'' . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan.
"Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi[/size].[/color] [/b]

ISABELLA -Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi[/size]


KALAU DI SINGKATKAN DENGAN "kasih" bermakna masih kurang 98 .
kerana asma allah ada 99.

KALAU DI SINGKATKAN DENGAN TAUHID.
Maka lengkaplah keseluruhan, kerana Tauhid Meliputi keseluruhan KeESAan/keteperincian
tepat lah tu

apa yg saudara maksudkan ' kasih ' yang masih kurang iaitu 98....???
yang terkurang tu ape?

ALLAH ADA 99 NAMA MENGIKUT APA YANG DITERJEMAHKAN DALAM AYAT ALQURAN,
YANG PERTAMA ALLAH ,ARRAHMAN ( MENGIKUT ORANG TUA TUA KITA PUNYA TERJEMAHAN YANG MAHA PENGASIH) SEKARANG NI DI TERJEMAH PEMURAH.
KEMUDIAN ARRAHIM,ALMALIK,ALQUDDUS,ASSALAM DAN SETERUSNYA.

KALAU ISABELA HANYA MENGATAKAN "KASIH" MAKSUD DIA CUKUP DENGAN PENGASIH ITU MELENGKAPKAN SEMUA DASAR PERINSIP , RASA SAYA TAK MELIPUTI 99 ASMA ,
TETAPI KALAU "TAUHID "....MAKA MELIPUTILAH KESELURUHAN ASMA ITU IAITU PENYAYANG,YANG MEMERINTAH, YANG MEMAKSA,TANG MAHA MENAHAN AMARAH,DAN KESELURUHANNYA TERMASUK SIFAT 20 YANG KITA BELAJAR ,.....DAN ESA.

SATU DALAM BANYAK......BANYAK DALAM SATU.

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  farouk Fri Jul 10, 2009 12:52 am

adakah Allah itu mempunyai 99 nama sahaja? dan sejauh mana pula ilmu sifat 20 itu benar.sedangkan pada zaman nabi2 pun tiada diajarkan ilmu sifat 20 ini....

farouk

Posts : 6
Join date : 08/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Fri Jul 10, 2009 1:19 am

farouk wrote:adakah Allah itu mempunyai 99 nama sahaja? dan sejauh mana pula ilmu sifat 20 itu benar.sedangkan pada zaman nabi2 pun tiada diajarkan ilmu sifat 20 ini....

Zikir para makhluk Allah yang tidaklah sama logatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.

Dalam Kitab Taurat, nama Zat yang maha Esa itu ada 300 banyaknya yang ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300 banyaknya nama Zat yang maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.

Dalam Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa itu yang ditulis dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99 nama Zat yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999 nama bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama itu, adalah nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari pada Zat yang maha esa itu hanya satu saja, yaitu “ ALLAH ”.

Diterangkan didalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab, yaitu pada halaman 523. disebutkan bahwa nama Allah itu tertulis didalam Al-Qur’an sebanyak 2.696 tempat.

Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu banyak nama Allah, Zat yang maha Esa itu bagi kita…?

Allah, Zat yang maha esa, berpesan :

“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku “

Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.

Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para nabi-nabinya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  |L@ng^Bu@nA| Mon Jul 13, 2009 10:29 pm

TEMPAT AMBILAN ILMU TAUHID

Diterbitkan Daripada Quran dan Hadith. Kandungan ilmu tauhid ini adalah PERBAHASAN TENTANG KETETAPAN PEGANGAN. Kepercayaan pada tuhan dan rasulnya . Sama ada ' SATU KEPADA BANYAK ' atau ' BANYAK KEPADA SATU ' . Maka terdapat beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan disertai dengan dalil2 ' SUPAYA DIPEROLEHI IQTIQAD YANG YAKIN. Kesimpulannya adalah untuk mencapai kepercayaan yang putus didalam perasaan , pekerjaan , dan amalan menurut sebagai mana kepercayaan itu .

TEMPAT BAHASANNYA PULA TERBAHAGI KEPADA 4

1. Pada ' DZAT ALLAH TA'ALA dari segi SIFAT YANG WAJIB BAGINYA, SIFAT YANG MUSTAHIL BAGINYA, mahupun SIFAT YANG HARUS BAGINYA.

2. Pada DZAT RASUL2NYA dari segi SIFAT YANG WAJIB BAGINYA, SIFAT YANG MUSTAHIL BAGINYA, mahupun SIFAT YANG HARUS BAGINYA .

3. Pada segala KEJADIAN2 dari segi JIRIM2 ATAU ATOM2 yang mendatang ( bersifat aradiah ) yang memerlukan penciptanya dan dalil2 atas kewujudan yang menjadikannya.

4.Pada segala pegangan, kepercayaan2, dan falsafah2 yang didengar dari perhabaran rasul2 mahupun pujangga2 ataupun sesiapa sahaja ( sayap berita ) dahulu dan kini . Terutama sekali dalam hal2 seperti SYURGA, NERAKA, dan HAL2 BERKAITAN HARI QIAMAT .


FAEDAH ILMU INI

Dapat mengenal TUHAN dan RASUL2 serta mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Ilmu TAUHID ini, ADALAH SUATU ILMU YANG TERBANGSA KEPADA AGAMA ISLAM YANG PALING UTAMA SEKALI . MAKA INILAH NISBAH ATAU PERBEZAAN DIANTARA ILMU TAUHID INI DENGAN ILMU2 YANG LAIN.
|L@ng^Bu@nA|
|L@ng^Bu@nA|
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

https://tauhidmolekul.forumms.net

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Mon Jul 13, 2009 10:45 pm

YANG MENJADI MASAALAH DALAM MENERANGKAN ILMU INI IALAH RAMAI YANG TERSILAP FAHAM
DIANTARA MENGENAL DENGAN BERJUMPA.
BILA DIKATAKAN MENGENAL , MAKA APA YANG BERMAIN DIFIKIRAN IALAH ORANG YANG KATA KENAL ALLAH DAN RASUL ITU TELAH BERBOHONG / TAK LOGIK DAN BERMACAM TOHMAHAN ATAS LEMAHNYA FAHAM DALAM KIASAN TAUHID.

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  |L@ng^Bu@nA| Tue Jul 14, 2009 12:12 am

kilas wrote:YANG MENJADI MASAALAH DALAM MENERANGKAN ILMU INI IALAH RAMAI YANG TERSILAP FAHAM
DIANTARA MENGENAL DENGAN BERJUMPA.
BILA DIKATAKAN MENGENAL , MAKA APA YANG BERMAIN DIFIKIRAN IALAH ORANG YANG KATA KENAL ALLAH DAN RASUL ITU TELAH BERBOHONG / TAK LOGIK DAN BERMACAM TOHMAHAN ATAS LEMAHNYA FAHAM DALAM KIASAN TAUHID.

kita tengok dulu sejarah atau penyusunan RISALAH TAUHID INI...
sememangnya TAUHID telah bermula seawal UGAMA ISLAM itu sendirinya bermula. MUHAMMAD Rasulullah SAW kemana sahaja baginda pergi, maka yang dibawanya adalah TAUHID juga.
" KATAKANLAH ALLAH itu ESA "...
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH... dan MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH . itulah tauhidnya. Satu didalam banyak atau Banyak didalam satu. MENGENAL BELUM TAHU BOLEH DI "CAMKAN"/INGAT.... MELAINKAN DAH BETUL2 BERJUMPA SENDIRI... SEMEMANGNYA WAKTU BERJUMPA ITU PUN SENDIRI2 AJE... WALAUPUN DIDALAM BANYAK .... ceritanya memang berkisar tentang zaman IMAM ABU HASSAN A'SYARI dan muridnya IMAM ABU MANSUR AL MATURIDI.. Pada zaman itu, umat islam sedang mengalami " ZAMAN GELAP AQIDAH " . Pada masa itu lahir bermacam2 aliran / puak didalam UGAMA ISLAM itu sendiri . Ramai yang telah menukarkan KIBLAT masing2 . Ade yang menolak HADITH, dan ada juga yang menolak QURAN sendiri. Pada zaman dimana ajaran2 islam cuba diperbaharui dengan mencampur adukkan fahaman2 agama2 lain. Falsafah2 dari tamadun2 sebelumnya seperti ROM, YUNANI, PARSI telah mula diterima pakai / dianuti oleh mereka2 pada zaman itu lebih dikenali dengan ZINDIQ . Islam sendiri terpecah kepada beberapa puak / tarekat / jalan...
|L@ng^Bu@nA|
|L@ng^Bu@nA|
Admin

Posts : 22
Join date : 05/07/2009

https://tauhidmolekul.forumms.net

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  haamim Tue Jul 14, 2009 12:42 am

bagi saya asas lah yang paling penting.Saya katakan ia adalah seperti
'STRUCTURE BAGI SESEBUAH BANGUNAN' jika tiangnya kuat, maka takkan goyang punya.Sebenarnya, sifat 20 ini memang tiada di ajar pada zaman Rasulullah SAW .Asal usul pembelajaran sifat 20 ini diasaskan oleh Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dikatakan telah menetapkan tujuh (7) sifat bagi Allah berdasarkan akal iaitu: Al-Hayat, Al-Ilmu, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam'u, Al-Bashar, Al-Kalam dan menta'wil (mentafsirkan dengan makna lain) sifat-sifat khabariyah seperti, wajah Allah, tangan Allah, kursi Allah dan lain-lain.

Dan yang kemudian diperluaskan oleh Syeikh Maturidiyah menjadi 13 sehingga 20 sifat. Didalamnya termasuklah penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak tujuh sifat.

Pendekatan Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dilakukan pada masa suasana ilmu2 dikuasai oleh para ahli falsafah. Maka kita dapat lihat ilmu2 tauhid juga disampaikan pada masa itu dengan cara yang agak berfalsafah.Pada zaman itu juga fahaman mu'tazilah telah berkembang dan menguasai minda masyarakat pada masa itu. Puak syiah yang menyokong Saidina Ali dalam membentuk mazhab syiah manakala mereka menyalahkan Saidina Ali dalam majlis tahkim bagi menyelesaikan perang Sifin membentuk fahaman Hawarij.
Kemudian,muncullah fahaman Mu’tazilah daripada golongan yang terpengaruh dengan logik akal.

Selain itu,lahirlah fahaman Qadariah,Jabariah, Najjariah & Musabbahah yang menyeleweng daripada iktikad asal.

Umat Islam telah dilanda krisis iktikad selama 300 tahun & kemuncaknya ialah fahaman Mu’tazilah yang dipelopori oleh Wasil bin ‘Atha’

Ramai ulama menjadi mangsa akibat menentang fahaman Mu’tazilah seperti Imam Al-Bukhari yang terpaksa menyembunyikan diri Isa bin Dinar dipenjara selama 20 tahun,Imam Ahmad bin Hanbal dipukul 38 kali & dipenjara 30 bulan & Imam Syafie hampir-hampir dihukum pancung.
Kesan daripada itu,kesedaran mulai timbul,maka tampillah Abu Hassan Al-Sya’ri sebagai pendukung ahli sunnah waljamaah pada abad ke-3 Hijrah.



Tujuan asas pembelajaran sifat 20 adalah untuk umat Islam ini bertauhidkan Allah swt. Begitulah natijah pembelajaran ilmu Aqidah; mempelajari ertikata kalimah syahadah yang sebenarnya. Gagal memahami dan menghayati ilmu tauhid ini, maka rosaklah aqidah seseorang.


ABU HASSAN AL-SYA’RI

pelopor utama yang mengembalikan semula iktikad umat Islam kepada iktikad sebenar Ahli Sunnah Waljamaah.

dilahirkan di Basrah,Iraq kira-kira 55 tahun sesudah Imam Syafie wafat( 260 Hijrah) pada zaman pemerintahan Abasyiah.

Keturunan daripada Saidina Abu Musa Al-sya’ri


wafat pada tahun 324 H

ABU MANSUR AL-MATIRUDI

merupakan pendukung Ahli Sunnah wal-Jamaah
beliau berjuang bersama-sama Abu Hassan Al-asya’ri & ulama-ulama lain dalam mengembalikan iktikad umat Islam dengan melengkapkan usaha yang telah dibuat oleh Abu Hassan Al-Sya’ri



Metodologi (Manhaj) ASWJ

Sumber akidah- Q & S serta ijmak para salaf

al-soleh.

Hadis yang sahih dari Rasulullah wajib diterima termasuk hadis ahad.
Wajib tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul secara zahir dan batin. Tidak boleh menentang sesuatu dari al-Quran dan al-sunnah yang sahih hanya dengan qias atau perasaan atau kasyaf atau ucapan seorang syeikh atau lain-lain.




* Jika berlaku pertentangan antara

nas (Q & S) dengan akal, maka nas

itu didahulukan.

* Sifat maksum hanya ada pada diri

Rasulullah. para imam atau seseorang

tidak maksum.

* Berbantah-bantah dalam agama adalah

tercela

* Memuliakan nas-nas syarak dan memerimanya dengan sepenuh hati serta tidak menyanggahinya.
* Sunah rasul merupakan hujah di dalam akidah dan syariah.
* Pendapat Para sahabat adalah betul dan tepat dan tafsiran mereka terhadap nas adalah hujah.
* Kitab Allah dan sunnah rasul cukup sempurna dan dapat menyelesaikan segala masalah.


ANTARA IKTIKAD ASWJ

* Allah dapat dilihat di akhirat
* Al-quran adalah kalam Allah yang qadim.
* Iman merangkumi ucapan & amalan
* Meyakini semua perkara selepas mati

cth: azab/nikmat kubur, timbangan amal

5. Ada syafaat pada hari kiamat

6. Semua perbuatan manusia dijadikan

Allah, tetapi manusia ada usaha & ikhtiar

7. Muslim yang berdosa besar akan masuk

neraka dan akhirnya akan masuk syurga



GOLONGAN YANG MENYALAHI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

* SYIAH

-Saidina Ali lebih berhak menjadi khalifah

pertama

-Mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Uthman.

-Sahabat yang melantik Saidina Abu Bakar

dilaknat Allah.


2. MUKTAZILAH

* Al-quran adalah makhluk (baharu)
* Allah tidak dapat dilihat dalam syurga
* Orang berdosa besar tidak beriman dan tidak kafir : tempatnya antara syurga-neraka
* Mentakwilkan hisab, mizan, sirat = keadilan Allah


3. KHAWARIJ

* Mengkafirkan Saidina Ali
* Orang yang berdosa besar adalah kafir
* Kanak-kanak yang mati sebelum baligh dikira kafir
* Mengkafirkan Aishah r.a


4. QADARIAH

* Perbuatan manusia dicipta oleh manusia - Allah tidak ada hubungan dengan perbuatan manusia
* Allah tidak tahu apa yang akan dibuat oleh manusia – sehingga ia dilakUKAN



5. JABARIAH

* Manusia tidak ada upaya
* Semua perbuatan manusia ditentukan oleh Allah
* Iman memadai dengan beriman di hati – berbuat dosa tidak menjejaskan iman

Ajaran Sesat

* Mendakwa diri sebagai rasul/nabi
* Mendakwa menerima wahyu
* Mendakwa berjumpa Nabi secara sedar
* Mempunyai ilmu ttg perkara ghaib
* Mendakwa diri sebagai Imam Mahdi
* Mengamalkan syariat yg berlawanan dengan ajaran Islam


haamim

Posts : 6
Join date : 06/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  kilas Tue Jul 14, 2009 12:54 am

KEKADANG HERAN JUGAK ORANG MENGKAFIR KAN ORANG NIH
DIA LAH PULAK NAK AMBIL TUGAS TUHAN
PELIK TAPI BENAR,
NAKKAN KUASA MENGHUKUM LAH TUHHHH

kilas
Admin

Posts : 78
Join date : 05/07/2009

Back to top Go down

Risalah Tauhid Empty Re: Risalah Tauhid

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum